Friday, January 23, 2009

Mendhi in Islam

extracted from v's blog

Q :Assalamu'alaikum wbt, Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan hukum iaitu apakah hukumnya memakai inai yang bercorak dan berukir? Setelah merujuk pada laman web JAKIM, memakai inai yang biasa diharuskan hukumnya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi memakai jenis inai yang bercorak dan berukir? Terima kasih. .

A : Waalaikumussalam, Harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup

Q :Apakah hukumnya memakai inai berukir seperti trend pengantin sekarang?.

A : Hukum memakai inai berukir harus bagi wanita,dengan syarat ukiran inai tersebut tidak menyerupai benda-benda hidup..


Q :Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan mengenai pemakaian inai di tangan.Saya seorang pelukis inai(henna) untuk pengantin.Saya ada terbaca artikel bertarikh 8/5/2007 di dalam website ini,pihak JAKIM mengatakan bahawa harus memakai inai di tangan kerana ia bukan menyerupai tatu.Saya juga ada terbaca surat khabar mingguan malaysia bertarikh 10/2/2008 di muka hadapan pemakaian inai ala tatu dilarang.Soalan saya disini,adakah memakai inai yang dilukis di tangan itu diharamkn sama sekali walaupun ia bercorak bunga ( corak arabic) bukan bercorak binatang atau haiwan cthnya seperti gambar yang disiarkan di dalam mingguan malaysia itu.Saya risau selagi tidak mendapatkan kepastian dari pihak JAKIM.Terima kasih .

A : Waalaikumussalam, memakai inai atau mengukir inai di tangan pengantin perempuan diharuskan dengan syarat bukan bercorak benda-benda hidup..

Rujukan: JAKIM

Q :Why the different Hukum between henna and tattoo?

A : Henna is a natural substance that does not hinder water from reaching the skin during wudhu' and ghusl. It is also not permanently fixed on the skin, unlike tattoos. Therefore, henna is allowed in Islam.

Rujukan : MUIS

So, based on these 2 findings, both from reputable sources, JAKIM + MUIS, wat i concluded is that, as long as we dun draw animals or anything that meyerupai living things, it is not HARAM. But this is only my own conclusion, so my dosa, i tanggung sendirik. The rest of ya, as long as TAK was-was, silakan.